Wednesday, March 13, 2013

Simple yet meaningful. My Bday Celebration!

Posted by Lydiana Khairuddin at 1:26 AM 0 comments
 
 
Happy birthday to me..
Happy birthday to me..
Happy birthday to Lydiana yang sentiasa ...... (isi tmpt kosong.. -_____-)!
Happy birthday to me.. 
 Haippp! Haipp! Jgn nak isi yg bukan2.. :D 

LOLS! Agak tak boleh blah bila dipaksa nyanyikan lagu HB untuk diri sendiri.. *Ini semua poyooo~ ;p Pada D, this year lah burfday celebration yang agk laen dari tahun-tahun sebelum ni.. *Erkss~ Padahal sebelum tahun 2010 tak pernah pun rasanya celebrate bday bagai :p 

This year 21st February, terbaekkk sangat sebab My Dear Haziq awal-awal lagi mcm sangat excited nak bawak D pergi dinner bagai, D pun dah macam pelik.. Dinner je kan, kenape dia nak excited so secara tak langsungnya D pun termakan serba sedikit rasa keterujaan dia tu.. Hahaha~ Lepas kerja tu terus balik rumah, siap-siap then Haziq dah tunggu kat bawah.. Kesian dia, D slalu lambat ;p Naseb dia lah kan? Nama pun LADIES! :p 

Dlm keterujaan tu rasa lapar yang teramat-amat membuak2 sebab tak kuar makan masa lunch time td + melayan jalan jam Federal Highway :p sO dalam keta tu Haziq keluarkan a slice of Chocolate Indulgence Cake.. Teehee~ D dah pesan awal2, "tanak kek besar2, u tak makan kek sangat pun. Jangan membazir, jangan membazir, jangan membazir.. blablablabla~" Si dia memang sudah sedia maklum dgn kerenah mulut ini yang memang suka membebel :p So dalam keta tu jugak lah D habiskan cake tu, tak boleh tunggu lagi! :p


 
Thanks bubu for the cake! :p Tak kesah besar mana pun, janji KENYANG! Lols~ :p
P/S : Im 20++ dah, kalau ada kek nak tiup lilin takut nak kira.. Byk shgt :p 

Dlm berborak-borak tu finally sampai juga dkt tmpt yang Haziq nak pergi ni.. Tp dalam keta tu sempat lagi Haziq amek bunga dari seat belakang! Dalam hati mcm, eyh eyh~ Kenape boleh tak perasan lgsg ada ni td? :D 

Wink wink ;) First time jejak kaki kat sini..

 
KOKOPELLI TRAVELLERS BISTRO

At 1st D macam, erkss~ Tmpt ape ini? :D Tataw kenapa D tak pandai nak menghayati kecantikan permandangan kat sini. Maybe taste D ni taste kampung mari kott :p Yang biasa-biasa je.. Sampai tak tahu nak order apa, so D mintak lah waitress tu tolong suggestkan makan & minum.. Bole pulak dia cakap kenapa bunyi mcm pasrah je? Whatdeheck~ Kau keja sana dah lama kan? Tak boleh ke tlg suggestkan pada aku yg baru datang tmpt ni! :p *Btw, tu ckp dalam hati je pun.. Gila nak ckp kat dia ;p*

Then D order seperti gambar di atas! (tataw name ape.. hahaha~) ;p Rasa dia actually okayy okayy je tapi kenapa tataw tekak D tak boleh nak accept makanan tu.. Kesian Haziq kott, penat-penat dia plan but hasil dia D macam tak berapa nak happy je.. 

Haziq order Sphagetti di atas Ngee~ Licin je dia makan! :p Sedapp lah kott.. :p 

Side dish~ Tadaaa~ :D
Siap tapaw bawak balik sebab tak abes makan :p Esok pepagi tu lepas kuarkan dari petiais masuk microwave memang maveles! :p

Then lepas perot dah kenyang! Bila masuk-masuk keta tu je baru Haziq keluarkan sekotak hadiah yg chumel! Yep.. Sangat chumel! :p Nampak kotakk pun dah taw ape isi dia, tapi tataw lah kalau salah perkiraan boleh malu jugak kat situ <3 Tp dari riak muka Haziq, D nampak rasa kurang senang & tak happy dgn perlakuan D masa kat Kokopelli tadi.. Kesian dia, susah payah dia arrange dinner utk kitorang berdua & buat surprise utk D but result yang dia dapat sangat2 menghampakan! Kalau D jadi dia pun mahu hancur hati ni KACIWA baqq hang! :p Okayyy~ Takat tu je lah, tanak cita lebih-lebih benda dah jadi..



 
Jeng jeng jeng~ Ini dia! :p 1st time seumur hidup dapat bday present camni!
Gila touching hati ini.. Menitik air mata tanda hati ini benar-benar tersentuh.

Promise that ill never do that u him again!
I don't wanna hurt him anymore!
D ajak Haziq pergi jejalan kat Uptown Shah Alam pulak.. Ngee~ Memang sesaja je time ni otak pk nak berjalan berjalan & jalan-jalan! :p *padahal sepatutnya balik rumah tu D kena siapkan tempahan Durian Crepe.. At last, smpai je rumah dah letih gaban! :p Durian Crepe pun bt last minit.. Hahaha~

Thanks sayang sebab awak sanggup & tahan melayan kerenah mengada-ngada saya selama hampir 3tahun kita kenal! Saya sangat-sangat menghargainya walaupun adakalanya diri ini bt hal tak semena, moody tak pasal-pasal..

Saya sayang awak Haziq Syazwan! Sangat2! <3 

Monday, February 18, 2013

Roti KOMTAR

Posted by Lydiana Khairuddin at 11:32 PM 0 comments
KAYU NASI KANDAQ je ada benda ni habaq hang :p
Tapi tak sure lah KAYU KL ada ke tak sebab PENANG ade.. Ngee~


Wink wink ;) Since ada yang menghupdate ROTI KOMTAR ni minggu lepas membuatkan keingin terhadap ROTI TISU membuak-buak, seriously lama gila tak makan.. Dah 15 tahun lamanya, hahaha! Itu tipu, baru 3 tahun kott maybe? Mesti my little Damia pun tak penah tgk roti ni :p Plus kitorang memang jarang lah nak pergi kedai mamak.. Carik hape kat sana tataw~ :p *KUNUN*



So hari Selasa lepas sambil-sambil mencari FABRIC STARCH yang tak ketemu, D singgah lah kedai mamak mencari ROTI TISU :) Teringin punya pasal, jadi keja jugalah pegi mamak sorang-sorang kan? So berusaha lah D sorang diri menghabiskan Menara KL ni.. Tadaaa~



Hahaha~ Jgn tertipu, ni gambar google je pun :p
Kalau besar gedabak camni sampai depan mata haritu mesti malu sebab D sorang-sorang! :p


 D punye besaqq ni je~ ROTI TISU + TEH TARIK = TERBAEKK HABAQ HANG! :p

Kbaiii, tu je nak merepek~ :p
Okayyy, sebelum terlupa mana nak carik benda alah ni? T______T
Mcm susah je -____- *Padahal baru cari kat ECONSAVE & CARREFOUR je pun :p
 

Genting with LOVE!

Posted by Lydiana Khairuddin at 2:19 AM 0 comments
Srooot Sroott, tetiba je first day keja lepas seminggu bercuti bukan main ni diserang selsema T____________T Tak suka baq hang! ;p Kalau boleh cabut letak hidung kat tepi mesti semua nak buat camtu.. Hahaha..

Dah lama tak mengulaq update belog time keja and todayyy, jeng jeng jeng! We went there last Saturday, konon-konon macam Pre-Bday Vacation.. Cehhh perasan betul~ Pergi hanya untuk beberapa jam je pun :)

Thanks for accompanied me && sentiasa bertahan melayan kerenah mengada-ngada saya ye Incik Haziq :).

Pagi tu Haziq pergi hiking kat Bukit Broga ngan his family, then around 10am sampai rumah terus bersiap-siap nak meet Chenta Hati dia yang beriya-iya tak paham bahasa orang penat ke ape.. Lols~ Btw, didalam setiap pertemuaan kami tidak pernah ada sebarang paksaan ye? Please note that! Erkss~ *Perlu ke buat statement camtu? :p

Kitorang sampai je kat Skyway tu pun dah ramai manusia beratur, serious ramai kott.. Ramai jugak lah budak-budak yang muka buhsan je menunggu :p But luckily cable car tu tak ambik masa lama nak naek, kalau tak memang ngan D pun bebaii jugakk.. Hahaha~
Malangnya kitorang pergi sana baru je 5minit lepak luar hujan dah turun, tak sempat nak naik Solero Shot, Roller Coaster bagai.. Hahaha~ Errr jgn mimpi, kalau tak hujan pun confirm D tanak main punye! Hahaha.. A big NO there! :p Naek Cable Car pun dah ketaq lutut, mata tengok hp je tak brani tgk bawah.. Bkn takut tp D rasa setakat Cable Car ni tak cukup mencabar lah.. *Werkkk~ :p* Damn FREEZING kat sana!

P.s. I Love You Always sayangg cause YOU’RE AMAZING!
Jadikanlah diriku, pilihan terakhir hatimu <3
Lepas ni nak pilih-pilih lagi siap! Muahahah~ :DD 


The best thing kat sini sebelum balik ialahhhh, Cup Corn dia SEDAP! Muahahah~
RM 4 je satu cup! :p

Nearly 8pm camtu baru naek Cable car turun balik sebabb sebab sebab banyak melencong-lencong masuk kedai sana sini ontheway nak ke cable car tu.. Hahaha~ Untung dapat BF kaki melayan camni.. Lols~ *Ayat tak boleh blah! :p

 
Dah puas berjalan so penutup tirai dia mesti makan makan & makan! :D
Lepas sejuk-sejuk tadi dapat makan yang panas-panas camni, perghhh~ Layannn.. Kbaii~ :P

Sunday, February 17, 2013

Well planned Jejak Kasih On Nana Bday!

Posted by Lydiana Khairuddin at 6:08 AM 0 comments

Candid candid candid!  <3
2nd gathering with my dea! :) This time kitorang plan baik punye. Btw, takdelah plan apa sangat pun actually. Ini semua POYOO~ :p Kali ni kitorang dah plan nak celebrate nana's bday kat Flaming Steamboat Danau Kota.  Rasanya nearly 10 baru dapat kumpul semua ada yang baru balik keja time tu so faham-faham lah kan? :)


Bawak boss kecik ni skali, diorang ni rajin sangat melayan dia so takda lah dia nak buat hal sangat sebab buhsan :D

Wunny (Left) & Bday girl, Nana! <3
Btw, kitorang memang plan nak pakai Red & Black! :)
Gempak sangat that night sebab bday girl datang dressing yang sangat feminine, gurlish, gorgeus, fabulous *rasa cam nak nyanyi lagu fabulous cat tgk die! ;p* Dia taw mengata dia kat sini mati aku :D

We LOVE to EAT or maybe I shud say, WE LIVE to EAT actually? Hahaha..


Lepas masing-masing dah isi full 'tank' sampai semput-semput nak abiskan makanan dalam Hot Pot tu kitorang abiskan masa dgn camwhore! Yeahh, itu wajib okayy? Kalau tak mcm tak bermakna lah meet kononnya? :D 


Then bermula lah sesi yang dinanti-nantikan
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Belated Birthday To Nana Bongek, ♥

Happy Birthday To You 




Tetiba terbayang kesedapan kek ni.. wink wink ;)
Pandai ara pilih! Sedapp kot, takde lah mahal sangat..
Kitorang yang beramai-ramai makan ni pun tak terhabis   sebab masing-masing kenyang gile kann? :D

Alalala~ Interframe ye budak kicik? :)

I'm not popular, but I have nice friends.
I'm not rich, but I have what I need.
I may not be liked, but I know I'm loved

Moga dipanjangkan umur & Dimurahkan rezeki kita semua untuk berkumpul lagi camni..
Ewah-ewah, ayat bukan main lagi padahal last 2weeks diorang pegi Genting beramai-ramai but D tak dapat join sebab last minit ada hal! Sedeyy T________T

Okay! Memandangkan D tak terlibat ngan trip ke GH ni so nak share satu je pic diorang kat sini! Hahaha~ Memang suka gambar ni sebab suka sangat gaya lompatan KUNGFU PANDA Ila dalam ni.. wink wink ;) Num 3 dari KIRI, Korang tengok lahh.. Setailll tak cara dia lompat? :p

Saturday, February 16, 2013

Wunny 23th Bday! Mencuri Waktu Bersama Mereka

Posted by Lydiana Khairuddin at 11:15 PM 0 comments
Yeay, setelah sekian lama tak jumpa ngan all my friends yang sesama study kat KLEMU dulu, on 21 Nov 2012 last year kitorang kira macam buat last minute gathering bersua muka kat Chop & Steak Kg. Baru setelah susah payah di'arrange' sendiri oleh Birthday Girl pada hari tersebut Wunny Azman! Congrats sayangg, hasil penghabisan kredit phone kau semata-mata nak contact semua orang berkumpul malam tu berjaya juga! Almost all of us are there :) Alhamdulillah, bkn senang nak kumpul semua yang berlainan tmpt tinggal ni, merata-rata kawasan dari KL ni.. wink wink ;)

HAPPY BIRTHDAY WUNNY! *BFF* WE LOVE YOU ALWAYS! :)
May Our Friendship Last Forever!

Jeng jeng jeng, Kehadiran kek yang tak disangka-sangka oleh birthday girl, pandai kitorang plan :D  Sementara tunggu Wunny habis kelas kul 9pm camtu kitorang gi bli kek ni kat Secret Recipe Kg. Baru then pergi hantar kat Chop & Steak tu, siap booking table & minta staff kat situ tolong simpankan kek ni. Japg kitorang datang balik baru kuarkan.. Hahaha.. Nmpk tak plan yang tak berapa nak teratur sangat kat situ? :p

Kitorang sampai around 9.30 lepas ambik Wunny kat kolej, then terus ke Chop & Steak House tu, kat atas meja tu ada letak RESERVED! Wunny macam agk blurr bile ktorang dengan sangat confidentnye cakap tu meja kita. Hahaha~ Lepas je sesi menjamu selera, kebetulan kitorang baru tahu kat situ tetiap malam ade orang BUSKING(betul ke eja ni? Alaa, maknanya orang-orang yang main gitar tu :p) Then siap pakat lagi ngan orang tu minta dia follow kitorang masa bawak kek tu nanti :) Sumpah muka Wunny surprise gila masa nampak kek tu depan dia.. Ngee~ Apalagi yang lebih menggembirakan waktu tu kalau apa yang dah korang plan berjaya! :p Muahahaha~ *gelak jahat! :p*

Birthday Girl di apit dayang-dayang! Lols~ ;p
Tak adil budak-budak ni, mcm plan je nak pakai warna hijau tu tp tak inform pun..
Sedeyyy T________T konon :p

Inilah K.A.M.I
from left Joan, Bell, Wunny, Nana, Azzy, Ila, Fyza & Me! Snap by Ary..

Wah wah, korang yang lelaki bukan main berpinar-pinar mata tengok para gadis ni ye? Hahaha~

I’m so thankful for the friends I have that have evolved with me over the years and grown to be such important parts of my life. I see them about once a year or every two years camtu but every time we meet up, nothing changes.

Friday, February 15, 2013

Our Little Princess 4th Bday

Posted by Lydiana Khairuddin at 7:12 AM 0 comments
Salam. D still nak share cerita yang dah berhabuk & bersawang dalam kotak ingatan D dengan belog ini. :)
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Belated Birthday To Damia Batrisya, ♥
Happy Birthday To You 

Birthday Damia jatuh pada hari Rabu bersamaan dgn 16hb Januari 2013! Bagai tak percaya, dah 4 tahun anak mama sorang ni patut lah makin pandai, makin membesar, makin demand dan segala jenis makin lagi.. Hahaha. Serious tak tipu! So memandangkan D ngan Haziq memang dah plan awal-awal lagi nak celebrate bday dia, awal-awal lagi D dah tempah kek ala-ala Princess + Barbie theme untuk dia, kalau tak salah since November dah booking. Hahaha, awal gila kan? Barbie & Princess ni semestinya menjadi kegilaan dia semenjak pandai demand mendemand ni so apa salahnya asalkan dia HAPPY! :)
Sama dengan kek untuk Bday Haziq yang D order pada 11092012 so D rasa nak terus order je kat situ. Bukan main jauh lagi D cari kek ni, kebetulan hati dah terpahat dgn rasa yg yummeh & design kek yang menarik hati so memang dah plan nak order juga dengan M&M Cupcake. Lepas je balik keja terus D shoot ke Tmn Melawati pickup kek then lepas Isyak camtu baru kitorang gerak ke Putrajaya siap tapaw 5pcs regular pizza kat DOMINO'S! :) wink wink ;) Memang makan sampai tak terhabes lah cerita dia.
Rainbow Cake pula tu, memang teruja habis masa dia potong kek ni! :)

Dapat je present belah kiri tu dari tangan papa terus tanak pandang dah yang belah kanan tu sebab yang belah kiri tu siap berbalutkan wrapping paper BARBIE okayy? Tak tau mana Papa dia cari. Sedihhh! D pun cari juga petang tu tapi takde pun T__________T

Okayyy, ending nak juga selit! Baby ni nama dia Muhd Aisy Zharfan!
My Bro 1st baby! Sekarang ni beliau lah yang menjadi tempat lepas geram kami sekeluarga! hahaha~ *kalau parents dia baca ni naya :p Bukan geram sebab apa tapi setiap kali tengok lengan dia pun dah mengingatkan D pada KFC! :p tambah pula dgn keletah dia yang baru berusia 4 bulan ++ ni, lagi tak tertahan geram ni.. Hehe! :)



Kek Coklat Moist Yummy!

Posted by Lydiana Khairuddin at 5:42 AM 0 comments
Assalammualaikum sume :) Satu lagi post yang berhabuk D nak share ngan korang, D copy dari blog lama celoteysibebel! <3

Tetiba rase nak share pics yg dah agak lama ni.. :) Pics ni disnap mase burfday adik D 29hb Januari 2012.. Actually kek ni D beli dengan harga RM 15 je kat satu kedai ni kat Sungai Besi, tak salah kat kedai ade banner tetulis Zainal Kek Pisang kott? Ingat-ingat lupe dah sebenarnya ;p Masa 29hb lepas, mama cakap nak celebrate birthday adik D, Awal Adha namanya.. sO, D cakap lah, biar D belikan kek nanti.. Time tuh memang dah terbayang dah D nak beli je kek ni then deco sendiri.. Bab deco-mendeco kek ni memang lah D phailed sebenarnya so D cuma menggunakan strawberry yang D beli kat Giant then potong, main letak je atas kek.. Pastu tabur chocolate chips~ Tadaa.. Ini lah hasil dia :)

Hiasan maybe tak chantek tapiii, rasa dia sangat WALAOWEYHH~ :)
Sesape yang pernah rasa kek ni tahu lah rasa dia mcm mane kan? :)

Photobucket
Kek Coklat Moist versi kecik sikit, tapi takde lah kecik sangat.
4 org pun boleh makan :)


Bile type je pOst neh dah terbayang kesedapan kek tuh.. haddOyaii~ Camne neh? hee~ Suddenly mOod bake kek cOklat mOist ni datang! :) Muahaha~ ;p Actually tataw lah nak kate kedai ke, ape ke.. If nak kate bakery, amat lah jauh skali perbezaan dia.. hee~ Tapi rasa kek ni setanding kOt ngan bakery yang besar2 ni.. :)) 

Thursday, February 14, 2013

DURIAN CREPE DELIVERY

Posted by Lydiana Khairuddin at 6:42 AM 0 comments
Woot woot! Since Disember 2012 D agak busyy menyiapkan order Durian Crepe! Alhamdulillah so far dah lebih 200 packs terjual, almaklum lah D cuma buat hujung minggu je sebab terikat dengan kerja, takut nanti kerja kemana asyik nak mencrepe je. 

Durian Crepe Scrumptious! 6pcs yang comel-comel je saiz dia untuk RM 10!
Sekarang ni kalau nak beli lagi kat situ rasa macam tak berbaloi je sebab size dia skali ngap je! Macam magic je :p

Bercerita sapal DURIAN CREPE ni, first D start rasa durian crepe ni masa D beli kat Scrumptious Desserts @ Midvalley. 6pcs RM 10.. 1st time rasa tu D macam terpana sekejap *okay, itu tipu! hahaha* But seriously, Durian Crepe ni sangat sedap plus at that time memang tengah musim dia so tetiba bila D google google ada yang buat class Durian Crepe terus D register and Alhamdulillah since gi kelas tu D dah mampu jual and rata-rata yang rasa semua cakap "sedap" "rasa mcm makan durian betul" "tak cepat muak" "gebu" and blablabla lagii.:) Thanks pada yang support D! Wink wink ;)

Ada yang order untuk bawa balik kampung juga untuk dimakan bersama sanak saudara! ;p Yang terbaru one of my friend order untuk hantaran merisik dia.. wink wink ;) Yep! DURIAN CREPE buat H.A.N.T.A.R.A.N okayyy? Masa D dengar tu pun macam agak huh? Biar betol, tak bau ke? Blablabla but dia cakap nak jugak sebab dat day masa order 'bakal' dia tak sempat rasa, orang lain dah makan dulu && nak order skali buat dessert! Alhamdulillah, D rasa so far ini lah dessert terUNIK buat majlis merisik yang kecil-kecilan je! Hehe~ Terima kasih daun keladi bakal Puan Nulan! wink wink ;)

Berminat utk beli HOMEMADE DURIAN CREPE?
D menggunakan resepi crepe yang berbeza dengan filling kastard yang sangat sedap dan HANYA menggunakan DURIAN D24 yang segar atau yang tinggi lagi grednya! TIDAK menggunakan TEPUNG GANDUM. InsyaAllah, puas hati! :)
5pcs DURIAN CREPE yang sedap dan gebu hanya utk RM 10 sahaja!
Caj tambahan RM5 utk delivery disekitar KL :)

P/s : Memandangkan musim durian yang bakal berakhir tak lama lagi, agak susah nak dapatkan stok durian D24 so digalakkan untuk membuat tempahan pada hari Rabu petang & Durian Crepe akan sampai ke tangan anda pada hari Jumaat / Sabtu atau AHAD. InsyaAllah :)

Sila add D kat FB untuk pertanyaan lanjut.

https://www.facebook.com/pinses.diana

(Day 2) Percutian Bajet Cameron Highland

Posted by Lydiana Khairuddin at 4:11 AM 0 comments
Yehaaa~ Tercapai juga impian nak stay kat Cameron ni walau hanya untuk semalam. Winkwink ;) Seawal 7pg lagi D dah membulatkan mata semata-mata nak pergi Pasar Pagi.. Ngee.. Kalau kat KL, time-time tu jangan harap lah D nak bangun, sure time tu masih enak dibuai mimpi indah.*Hahaha, jangan nak inda sangat lah kan?* Lepas mandi je terus call Haziq suruh dia bangun! Yanie time tu memang macam tanak lepas bantal & katil dia coz malam tu dia tido lambat, around 3 am coz bergayut ngan Mr. 'Bakal' dia. So memang harapan lah untuk dia follow kitorang kuar pepagi camtu, keluarlah kami berdua je. Pepagi agak best sebab time tu kereta tak ramai sangat, tak sesak so senang nak bergerak carik parking semua.

Tadaa, ini antara sourvenirs for our little Angel. Dah tahu dah dia mesti suka! wink wink ;)

Memang pergi pasar pagi semata-mata sebab nak beli Strawberry mama pesan yang kononnya fresh baru dipetik pagi tadi. 

Dah habis pusing situ ontheway nak kereta terserempak lagi dgn benda alah ni.
'Dia' memang sengaja tunggu D kot kat situ, saja nak suruh beli lagi.. Hahaha..
Dalam tanak-tanak tu terbeli jugak lah 3 cucuk lagi bersamaan RM 5! ;)

Lepas tu memandangkan jam baru kul 9 lebih so kitorang shoot ke Big Red Strawberry Farm lagi! Yeahh lagi dan lagi pun takpe sebenarnya.. ;p Dalam tgh menaip pun terbayang-bayang kesedapan sundae strawberry kat situ. But pagi tu masih awal lagi, tak teringin pun nak makan aiskrim tu lagi plus maybe kedai dia pun belum buka.. :p

Pepagi lagi nampak 'kehijauan' didepan mata really made my day. Tambah lagi dengan angin pagi yang segar bugar & suasana sejuk-sejuk mengada-ngada. Hahaha..

Teehee~ Nak selit juga gambar owner belog ni dgn muka bangun pagi.. ZzzzzZZ~

Nearly 11am camtu kitorang terus gerak balik bilik coz check out kul 11. Setakat lambat 10-15mins apalah salahnya kann? Hahaha.. Lepas check out tu terus kitorang mencari breakfast!! :) Kedua-dua insan bernama Yanie && Haziq yang kononnya tak makan pagi pun dengan berseleranya makan kat Fern Nyonya :) Kat sini makanan dia sedap-sedap. Alhamdulillah tidak menghampakan, kenyang perut suka hati! hehe.. Harga pun okayy, waktu malam kat sini ada steamboat but tak sure pulak price dia. 

Then kitorang plan nak gerak ke rumah Incik Syuk, kawan Yanie! :) Ontheway tu Yanie bawak kitorang lalu shortcut katanya dari Tanah Rata ke Brinchang. Tetiba Haziq rasa mcm dia penah sampai tempat ni suatu masa dahulu, tak sure last dia pergi bila! ;p 

It's KHM Strawberry Farm

Haziq recommend kitorang try aiskrim strawberry dia, sebekas ni RM 2 je. Plus ade topping strawberri lagi kat atas dia. Ada kitorang perasan satu tempat tu jual RM 3 without topping! Seriously tmpt ni mmg highly recommended coz kalau nak bli jem or topping strawberry kat sini harga dia lagi murah berbanding pasar malam or tempat laen! :)

Sampai je kat rumah Syuk kena makan lagi! Yeahh M.A.K.A.N! Mak Syuk paksa juga so kitorang yang tak sampai sejam td baru melantak makan semulut dua je pun semata-mata nak ambik aty mak dia. Hehe.. Btw, mak dia sangat AWESOME! Sangat peramah, tak rasa kekok langsung, macam dah lama kenal. 

Last stop before balik :) Ladang Teh Ombak Rindu!
Elok-elok nama dia Ladang Boh semata-mata sebab Lisa Surihani & Aaron Aziz berlakon kat sana terus dapat nama glamer.. Hehe!

 Sambil duduk-duduk minum secawan teh dpt tgk permandangan indah sebegini..
Sangat PRICELESS!
Igtan pada hari KERJA esok dibuang jauh-jauh, kononnya stay sana sampai pengsan! :p

Alhamdulillah rezeki bila tetiba kawan Syuk, kebetulan kerja kat situ datang hantar seteko teh yg sangat chumel untuk 4 orang! Untuk seteko teh yang pekat rasanya + pahit berharga RM 20 :)
*Nasib tak bli sendiri, kalau tak mesti suruh diorang bagi extra air panas! Hahaha.. so bile refill bila rasa teh dia dah pahit melampau sebab lama sangat terendam :)

Alhamdulillah, segala penat lelah yang dikorbankan ke CH plus jalan yang berlikur simpang siur sampai pening-pening kepala nak muntah sangat sangat berbaloi! Rasa nak pergi lagi dan lagi :)

Thanks muchie much kepada Incik Haziq yang berhati-hati memandu sepanjang perjalanan pergi dan pulang kami. N tak lupa gak to my luvly kazen, Yanie! Thanks sanggup temankan D yang tak berapa berani nak tdo sorang! Hahaha~ :p
 

:) Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting